
pagi yang hening itu, angin bertiup..sejuk..dingin..
dari luar masjid nabawi, ustaz halim bawa kami berjalan ke arah kubah hijau.
pesan ustaz..sambil2 berjalan..banyak2 selawat pada baginda..
tiba di situ..kami berhenti. jantung juga turut terasa berhenti.
angin terasa sejuk..
kata ustaz di tempat kami berhenti ketika itu, kami benar2 menghadap wajah dan jasad rasulullah..
mata terasa hangat..air mata bergenang..pandangan kabur..
jantung makin berdegup pantas..
benarkah..rasulullah di depan ku?
lidah terus2an berselawat..hati bergetar2
rasulullah..ini aku..aku datang..
rasulullah..aku rindu..
terasa begitu hampir denganmu..
dada sebak terasa nak meletup..
airmata tak mampu ditahan..
lantas setitis dua tumpah ke atas muka bumi..

salam sejahtera atasmu wahai kekasih allah
salam sejahtera atasmu wahai pesuruh allah
salam sejahtera atasmu wahai nabi allah
rasulullah maafkan kami..
kami lambat menyahut seruan memikul risalahmu
kami masih merangkak2 lagi..
kami masih lagi lalai dengan dunia kami..
kami masih lalai dengan tanggungjawab risalah ini..
kami sering terlupa pengorbanan mu..
kami sering terlupa bagaimana dalamnya kasih sayang mu pada kami..
maafkan kami..maafkan kami..maafkan kami rasulullah..
rasulullah..
kami perlu kekuatan darimu..
kami perlu bimbingan darimu..
kami perlu semangat darimu..
rasulullah..kami sangat merinduimu..
tiba2 ustaz suruh buka buku Panduan Umrah dan Ziarah ms 104..
untuk memberi salam kepada rasulullah..
cepat2 tersedar dari lamunan..
dan membaca bersama2..doa ke atas Nabi Muhammad s.a.w
asyhadu an la ilaha illaLlah
wa asyhadu anna muhammadan abduhu wa rasuluh
wa asyhadu annaka ballaghta risalah!
wa asyhadu annaka addaital amanah!
wa asyhadu annaka nasohtal ummah!
wa asyhadu annaka jahadta fi sabilillah!
allahumma atihil wasilah wal fadhilah wad darjatar rafi’ah wab’ats hu maqama mahmudanil lazi wadtah
air mata menitis lagi..
risalahmu..telahkah aku sampaikan?
amanahmu..telahkah aku tunaikan?
ummatmu..telahkah aku nasihatkan?
dan jalan Allah ini..adakah aku benar2 di atas jalan ini..atau aku hanya di pinggirannya sahaja..?
hujung tudung basah..
ms 104 pun bertompok2 dengan air mata..
aku tarik nafas dalam2..melihat ke arah rasulullah..
rasulullah..
layakkah aku berada hampir denganmu di akhirat kelak
layakkah aku mendapat syafaat darimu kelak
layakkah aku mendapat seteguk air dari telaga kautsar mu kelak..
layakkah aku mendapat persaksian darimu bahawa kami lah khaira ummah yang allah sebutkan dalam al-quran

rasulullah..aku malu mengatakan cinta..
engkau nabi..sedang aku..hanya insan biasa..
اللهم لا تجعل هذا آخر العهد بحرم رسولك (صلى الله عليه وسلم)
ويسر لي العود إلى الحرمين سبيلاً سهلة بمنك وفضلك
وارزقني العفو والعافية في الدنيا والآخرة
وردنا سالمين غانمين إلى أوطاننا آمنين.
choosing a specialty »« natijah imtihan akhir sanah
akhirnya…
POST yg ditunggu-tunggu dah kluar.!
cam tunggu result exam plak nak baca org cerita pasal pengalaman umrah.
sebak n rindu nak ziarah lagi haramain.
nice post.
can’t wait 4 d next 1
=)
ayie~
beznye dpt g tnh suci..
tym ramadhan g ke??
ctela pglman kt sane..
akak!!!sedihnye….huhu
tp,at least akk sgt beruntung..
akk dh tgolong dlm golongan mereka yg pernah bgelar “tetamu Allah”
kami yg masih belum bkesempatan ini,hanya mampu memendam rindu pd Sang Kekasih Allah jauh di sudut hati…
jzkk for the sharing!
it’s great!=)
salam ramadhan kareem!
L.O.V.E
~nhanunmr~
to kak een, dr. anas, n hanun:
jazakumullah khair..sebab setia datang memberi komen..hehe..insyaAllah akan menyusul lagi..selamat memburu lailatul qadr ^_^
salam ‘alaik.
best pegi umrah, rase nk pegi lagi.
nk tny.. boleh ke doa cam kt atas tu:
rasulullah..
kami perlu kekuatan darimu..
kami perlu bimbingan darimu..
kami perlu semangat darimu..
?
n camne korg bleh masuk saudi tanpa mahram? just curious. tq.
to yasir:
tak taula boleh ke x..wallahu a’lam
cuma waktu tu, hati berkata2 camtu..
snanye waktu doa tu ada jugak tanya diri sendiri..xpe ke aku doa camni..
em..patu pk2 balik..
tu mungkin bukan doa..
cuma luahan hati aje..
nak cakap kat rasulullah..
rasa macam nak sangat jumpa ngan dia..
xpe ke?entahla..
oh..patut mmg kena ada mahram..
ktorg mane ade mahram sebensr pun..
cuma ada mahram ’sintetik’..
diimport khas dari malaysia..
actually dalam visa kitorang ada nama mahram sintetik tu..
pasport ktorg dihantar ke malaysia..n ustaz halim yang uruskan visa termasuklah jugak hal2 mahram..mahram kitorang ialah pakcik2 dari malaysia yang ikut rombongan ustaz halim jugak..
bile masuk madinah alhamdulillah lepas je walaupun kami ber12 perempuan..
cuma bila nak keluar dari jeddah ada problem sket..sebab fligh x sekali ngan mahram..tp alhamdulillah lepas ust bincang2 ngn pegawai tu n mahram sintetik ktorg pun duduk jgk same2..ktorg pun lepas..
sape2 yang berminat untuk ke umrah dan zirah boleh la menghubungi ustaz halim sendiri di http://www.hajiumrah.com..
sepatutnya benda ni nak cite separat..tapi xpelah..alang2..
oh, kalu doa (i.e. ur asking those things from the prophet sallallahu ‘alaihi wa sallam) mcm tak boleh je, sbb jadi istighathah, n istighathah hanyalah kepada Allah sahaja. except some deviant sects, they say its ok to do istighathah dgn nabi, wali2, sheikh2 tarekat, etc.. semoga Allah memelihara iman kita drp syirik.
oh, pakai cara tu, same mcm org kt m’sia buat. eh, mmg buat kt msia pun. kalu ade mahram, lg bagus. tak perlu tipu, x perlu safar without mahram, tak perlu… just an opinion.
to yasir:
faham..kita takleh minta apa2 dari orang mati..kan..yang bagi manfaat dan mudarat hanya Allah..orang mati tak leh bagi kita ape2..dlm buku tu ada dia bagi amaran jangan lakukan amalan khurafat dan bidaah..even dalam Raudhah nampak je ada makcik2 arab yang usap2 tiang dan cium2 pintu..pastu kena tegur ngan penyelia tempat tu..
i’m aware of that..hopefully i’m not doing anything istigathah..and hopefully x jatuh ke dalam syirik..takut jugak benda yang kita tak sedar..kan..nauzubillahi minzalik..
thanx for d reminder
bout kes mahram tu..also aware of that..
tapi bukan semua ulama kata tak leh kan..ada yang kata diharuskan..kalau safar tu dlm keadaan aman, selamat dan tanpa fitnah..
ini berdasarkan sirah seorang sahabiah yang safar tanpa mahram di zaman nabi..x igt sgt cite ni camne..juz penah dengar gitu2 je..maybe anyone yang tahu can share..
em..dalam zaman sekarang, how to explain thousands of unmarried muslim girls studying outside of their country..i dont really know what to say bout dis..boleh ke nak tanya,if u have d capability to send all of them back..will u do that?
1. sume ulamak kata x boleh menipu. “man ghassha falaisa minniy” - sape yg menipu bukan drp kalangan aku [muslim]. kecuali dlm keadaan2 yg dikhususkan spt yg ada dlm hadis (e.g masa perang, nk damaikan 2 pihak, suami-isteri, memelihara nyawa). i read dulu2 fatwa yg kata tak boleh org masuk saudi nk buat umrah dgn cara itu kerana ia adalah penipuan. maybe sy yg over concerned psl bnda ni, smpai my selipar yg masjid kt cleopatra gave me sbb selipar sy hilang di sana dulu, i refused to wear that utk umrah, sbb selipar tu tak tau sape punya. sedangkan kalu ikut ahkam luqatah (hukum-hakam barang2 jumpa), maybe selipar tu halal je. i chose to buy myself a new pair sblum bertolak ke KSA.
2. hukum safar pmpuan tanpa mahram mmg ada khilaf. tp sy tak pernah tahu khilaf itu utk umrah, ziarah, melancong2, jalan2, suka2. kalau ada ulamak muktabar yg kata mcm tu, tolong ajarkan kt sy.
ust halim sendiri sebut dlm website tu ( http://hajiumrahziarah.wordpress.com/upah-haji/):
Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci.
Imam Al Baghawi dlm sharh al-sunnah mengatakan : “Ulama SEPAKAT bahawa dalam perkara yang bukan wajib tidak dibolehkan bagi wanita melakukan safar kecuali disertai oleh suami atau mahram yang lain.”
beliau menukilkan IJMAK ulamak dlm masalah ini. n umrah itu tak wajib. bahkan haji itu gugur syarat wajibnya bg wanita bila takda mahram.
3. muslim girls should study locally, or outside when their mahrams r present there. unless kalau course yg dia amik tu is fardhu kifayah, n terpaksa buat overseas without mahram, mmg darurat, seingat sy ade je ulamak bagi dgn syarat2nya (e.g. aman) sbb ia fardhu kifayah, n maybe ada khilaf dlm masalah ini - sila check balik. but i dont see any reason pmpuan2 pergi ke luar negara nk belajar things like photography, architecture, law, n perkara2 yg tidak darurat apatah lagi bila negara yg mereka pergi adalah ke bilaadil kuffaar.
please correct me if i’m wrong. maaf, sy sgt berterus terang.
wallahu a’lam.
i pray Allah to forgive me n mungkin ramai lagi muslimat lain yang pernah menggunakan cara ini untuk ke umrah..
kata ustaz halim:
umrah yang pertama hukumnya adalah wajib. yang kedua dan seterusnya hukumnya adalah sunat.
jazakallah khairan jaza for ur explanation..
concern is one of the most important characteristics of daie..
i thank u for the concern..
may Allah help u to become a great and outstanding daie..amin
wa iyyaak. n thanks for the du’a.
btw, umrah pertama ada ulamak yg kata wajib, n ada yg kata sunat, khilaf. n yg rajih according to ibn uthaymeen (kalu x silap, or maybe bin baz) is sunat shj. thats why i wrote x wajib above.
tp kalu awk pegang pendapat yg kata wajib, even then, yg kata wajib pun, hanya jadi wajib bila cukup syarat wajib. so bila takda mahram, gugur kewajipan itu.
wallahu a’lam.
may Allah help n guide u also, n all of us too.
Alhamdulillah dah sampai sana, walaupun dh pergi, rindu betul nk pergi lagi, rasa mcm xnak melancong tempat lain dah pun xper. Wish i had a softer heart like you masa ziarah Haramin dulu. Wish to go there during Ramadhan plak kalau ada rezki.
Great discussion you got there with Yasir, dapat zainal tambah ilmu serba sikit. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yg dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
to zainal:
rasulullah sgt risaukan kita umatnya di saat kematian baginda..
dia sebut ummati..ummati..
ada satu lagi kisah secara ringkas:
sebelum kematian baginda, rasulullah ada ziarah perkuburan baqi’, rasulullah kata baginda rindu pada saudara2nya.sahabat yang ada bersama ngan rasulullah waktu tu cakap, bukan ke kami ni saudara2 kamu, patu rasulullah jawab, bukan, kamu sahabat aku.saudara aku ialah umat ku di akhir zaman nanti, mereka tak pernah melihat wajahku tetapi mereka mencintai aku..
au kama qala rasulullah s.a.w
ayuh sahabat2, kita contohi sunnah nabi, pelajari sirahnya, berselawat atasnya, dan sampaikan risalah islam yang disampaikannya.
pastilah nabi akan tersenyum gembira melihat suatu hari nanti kegemilangan islam akan kembali..amin ya rabb!!
seronoknye dpt pegi umrah waktu ramadhan,tp kdg2 masih lg ttanya2 adkh diri ini cukup mampu.dlu pegi bulan syaaban pun da rasa penuh sesak,ni kan plak bln rmdn kan.mesti sabar itu kene lebih tinggi.smg Allah mmakbulkan doa utk bjumpa dgn rasulullah lg.
doakn sy kt msia ni..take care~