Solat dhuha rahsia Najwa dinobat pelajar cemerlang

Posted on August 16, 2009 by ayesha-1511.
Categories: Uncategorized.

BANGI: Amalan solat dhuha membawa keberkatan kepada pencapaian cemerlang Nur Najwa Hanani Abdul Rahman, 24, apabila dipilih penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kali ke-37 semalam.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian Cemerlang dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan itu, berkata keluarganya amat mementingkan pendidikan agama dan solat sunat itu sudah sebati dalam kehidupan sehariannya sejak sekolah rendah.

“Saya juga memberi tumpuan di bilik kuliah bagi memastikan input terbaik daripada pensyarah,” katanya pada sidang media sempena majlis konvokesyen UKM di sini, semalam.

Sementara itu, graduan Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Nur Aini Salamat, 23, tidak menganggap kecacatan sejak lahir akibat penyakit spinal bifida sebagai halangan mencapai kejayaan.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu cekal menghadapi cabaran bagi membuktikan orang kurang upaya (OKU) mampu berjaya.

“Orang memandang sinis apabila melihat saya berkerusi roda, malah ada yang mempertikaikan keupayaan saya menjalankan praktikal di Hospital UKM.

“Saya tabah, malah dengan semangat dan sokongan rakan, saya berazam terus cemerlang.

“Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu,” katanya.

 

Ayesha said:

Kadang amal yang sedikit tapi ikhlas itu lebih besar ganjaran dan diterima Allah dari yang banyak tetapi tidak semata2 keranaNya

Nikmat SIHAT dan MASA LAPANG adalah dua nikmat yang paling jarang disyukuri manusia melainkan tika ia ditarik darinya

asy-syahid syeikh ahmad yasin hanya seorang yang sudah tua malah berkerusi roda pula tetapi sumbangannya terhadap jihad HAMAS di palestin sangat besar dan musuh pula sangat gerun dan takut dengan pengaruhnya kepada anak2 muda

1 comment.



Comment on September 5th, 2009.

Assalamualaikum wbt..
k.ayesha, update la blog..cite pengalaman kat haramain, mesti best.huhu
krm salam bait rayyan.
rindu kat sana

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>