Melayu dan Perpaduan Melayu

Posted on August 13, 2009 by ayesha-1511.
Categories: Uncategorized.

 bismillah.x sempat nak update.

juz nak share artikel i came across this morning.

a friend of mine post to our batch yahoogroup, came up with a statement says he is bored with the ketuanan melayu thing going on in malaysia n said it is “bullshit”.

i seldom read about politic news in malaysia..coz i also kinda sick of watching the non stop- irritating-annoying-political drama..ok..i know i’m exxagerating

but anyhow..some day.. whether we like it or not..it’s still a huge problem..yet to be solved by us..’the malaysians’

Oleh: Dr Mohd Ihsanuddin Abas,
Timbalan Pengerusi ISMA-Australia
Sumber: Laman ISMA Australia

Sejak akhir-akhir ini sering digembar-gemburkan di dalam media akan isu perpaduan Melayu. Gambaran yang ditonjolkan ialah orang Melayu hari ini sudah berpecah-belah, saling bermusuhan dan sukar untuk bersatu meskipun atas dasar kebaikan. Dua parti politik utama Melayu di Malaysia saling saing-menyaingi untuk menjuarai isu ini dan mendakwa masing-masing sebagai mewakili perjuangan bangsa Melayu.

Apabila kita berbicara tentang Melayu, adakah kita benar-benar mengerti siapa Melayu yang sebenarnya? Dan apakah definisi Melayu yang setepatnya?

Photobucket

Dr Ihsanuddin Abas, Timbalan Pengerusi ISMA-Australia.

Mari kita keluar dari fahaman Melayu berdasarkan kepartian kepada maksud Melayu yang luas dan Islami. Melayu boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Mengikut UNESCO, istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Wah, kalau begitu ramainya Melayu, saudara-saudara kita bukan sahaja di Malaysia malah seantero dunia!!!

Selain maksud Melayu di atas, ada dua lagi bentuk penafsiran kepada Melayu iaitu secara antropologi dan perlembagaan.

Secara antropologi, Melayu bermaksud orang yang secara zahirnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah-lembut dan berbudi bahasa. Kalau begitu, tidak Melayulah kita kalau tidak bersopan santun, berbadan sedikit besar dan berkulit cerah.

Manakala Perlembagaan Malaysia merujuk istilah “Melayu” hanya kepada seseorang yang beragama Islam, bertutur Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum Merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura.

Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. Sebab itu di Malaysia, siapa yang masuk Islam meskipun dari bangsa Cina dan India dikira sebagai ‘masuk Melayu’. Dan saudara-mara ‘Melayu Islam’ kita di Patani dan Mindanao tidak kita kira sebagai kaum keluarga kita sendiri. Meskipun mereka hidup terseksa diperintah oleh orang bukan Islam, kita tidak tergerak untuk bersimpati jauh sekali membantu mereka.

Ketiga-tiga maksud di atas memberi gambaran yang berbeza kepada keMelayuan yang kita fahami. Meskipun ada penindanan pada maksudnya namun ia tidak merangkumi keseluruhan maksud Melayu yang kita mahu.

Jadi, Melayu bagaimanakah yang perlu kita kenali? Penting untuk mengenali maksud Melayu yang sepatutnya kerana dengan itu mudah bagi kita membina jatidiri Melayu yang kita kehendaki. Kenapa hendak dibanggakan sangat dengan Melayu, bukankah ini Asobiyyah (perkauman) namanya? Inilah salah faham yang perlu kita sama-sama perbaiki.

Sebagai orang Islam, Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan asas kita. Marilah kita merujuk kepada kedua-dua sumber ini untuk mengetahui kedudukan bangsa dalam Islam.

Islam tidak pernah meninggalkan faktor bangsa dalam perkembangan dakwah di kalangan manusia. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Islam mengiktiraf perbezaan bangsa namun bukan sebagai unsur perpecahan. ‘Saling kenal-mengenali’ yang dinyatakan adalah untuk tujuan kebaikan supaya kita saling memahami dan saling membantu atas kebajikan. Namun di atas kesemua itu, bukanlah bangsa yang menilai kehebatan seseorang, tetapi keIslaman atau lebih tepat lagi ketaqwaan adalah kayu ukur di sisi Allah swt.

Nabi Muhammad s.a.w berdakwah bukan sahaja kepada kaum Quraisy tetapi juga kabilah-kabilah Arab yang banyak di Tanah Hijaz dan sekitarnya. Antaranya ialah kaum Aus, Khazraj, Yahudi yang berbagai-bagai kabilah dan orang-orang Badwi. Setelah ramai yang memeluk Islam, Rasulullah melantik ketua dari kalangan mereka untuk mengetuai kaum masing-masing. Meskipun diperintah dengan dasar-dasar Islam, namun pengurusan tetap berdasarkan kaum masing-masing.

Selain itu, Saidina Umar Al-Khattab r.a pula berkata ketika pembukaan Baitul Maqdis di tangan Islam “Dahulunya kita adalah bangsa yang hina tetapi Allah telah muliakan kita dengan Islam, mahukah kita kembali menjadi hina”. Ini menunjukkan bagaimana Islam telah menaikkan nilai sesuatu bangsa di hadapan manusia. Bangsa Arab dahulunya dilabel sebagai Jahiliyyah suatu masa menjadi bangsa yang hebat dan gagah mengalahkan kuasa besar dunia hanya dengan berbekalkan Islam yang padu.

Seseorang Muslim hebat bukan sekadar kerana ia beriman kepada Allah tetapi iman itu membentuk manusia menjadi ‘INSAN’. Insan itu mampu menilai baik dan buruk, memajukan dirinya dan masyarakatnya, bergerak progresif ke hadapan dan membawa kebaikan kepada semua.

Menilai perkara-perkara di atas sepatutnya membuatkan kita berfikir di manakah letaknya bangsa Melayu yang kita warisi? Meskipun kita merupakan majoriti di Malaysia namun kedudukan Melayu sangatlah rapuh di saat ini. Sudahlah berpecah-belah secara politiknya, ekonomi tidaklah semaju mana, malah dari segi pendidikan pun ramai yang masih ketinggalan. Kita juga kalah dalam persaingan mendapatkan pekerjaan di sektor swasta dan hanya mengharapkan makan gaji di agensi-agensi kerajaaan. Hak-hak orang Melayu Islam semakin hari semakin meniris dan sekiranya tidak dipertahankan kita akan menjadi pupus sepertimana kelompok Aborigine di bumi Australia.

Justeru, jatidiri Melayu yang ingin kita bina ialah Melayu yang asasnya ialah beragama Islam dan mengamalkan segala ciri-ciri Islami yang sempurna. Kita menjunjung tinggi kedudukan Bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama selagi mana mereka tidak melanggar perintah Allah.

Selain itu, kita tidak meninggalkan budaya dan adat istiadat Melayu yang baik seperti sopan-santun, peramah, menghormati orang tua, gotong-royong, ziarah-menziarahi dan lain-lain. Kekayaan nilai seni yang sangat berharga seperti tenunan, sutera, wau bulan, dikir barat, kompang dan permainan tradisional kita perkayakan.

Budaya Melayu yang merugikan seperti sukakan hiburan berlebih-lebihan dan pembaziran dalam melaksanakan adat Melayu kita tinggalkan. Sifat Melayu yang melemahkan seperti bersifat malas, suka melepak, rempit, merasa lemah, bergantung kepada orang, hasad dengki, dendam, dan busuk hati kita jauhkan.

Kita anjakkan paradigma Melayu dan binakan di atas nilai Islam akan sifat-sifat yang maju, progresif, berdaya saing, saling tolong-menolong untuk kebaikan dan sebagainya. Lihatlah betapa luasnya ruang untuk kita beramal dan bersatu melakukannya. Atas dasar inilah perpaduan Melayu dapat dibina. Ia kelihatan mudah tetapi memerlukan usaha dan keyakinan yang bersungguh. Ayuhlah kita membinanya bersama-sama kerana kitalah generasi pewaris Melayu dan kepimpinan negara di masa hadapan.

5 comments.



  Tun Sibuk Berdakwah
Comment on August 13th, 2009.

ayesha,
Ustaz Azman Shafawi, Pemuda PAS, pnah pesan kt aku, org muda semangat, tp x byk lg makan garam.

Aku nak tegur kasar + ajak ko bfikir sket.

Elokla kalo kawan Isma ko ni buat research betol2.

Walopun aku tak bape suke Faisal Tehrani, tp ade baiknye ko bace artikel die, psl Pakatan Rakyat, NED sume tu.

Aku buat research snirik. Aku ade gak turun kementerian tertentu semata2 utk dptkan fakta yg bleh pakai. At least utk kepuasan diri aku.

Kte bakal doktor, alangkah baiknye kalo tulisan2 camni disertakan dgn figure2 sket.

Contoh mudah, aku nak tanye ko, bandar mane kt Malaysia ni bandar yg melayu islam pegang? Bandaraya Islam Kota Bharu? Pekan Rabu kedah? Ade tak?

Cube ko cari fakta tu.

Mall yg besar, ade tak melayu jd boss?
Mall yg customers sume pegi sane sampai kedai2 2 tingkat kepunyaan majoriti drp melayu yg buat bisnes kekurangan customers.

Berape aset melayu muslim @ kte ckp org islam la, kt Malaysia?
Berape house hold income muslim malaysia?

Berape banyak tauke cina yg bukan islam (mebe kafir zimmi kot..) yg gune name islam, pekerja2 islam kt kedai2 dorg?

See?

Aku buat kajian & aku develop stand aku dlm masalah ni & aku da rangka plan aku snirik utk melayu & aku tgh laksanakan sebhgn kecik drp plan tu. itu aku la, mebe bervisi & misi.

So ape kate ko pun lebihkan sket amek tau bab2 ni. Disamping keje2 dakwah.

Bkn ape, takut nnti jd “lebai”…
Dakwah sane sini, tarbiyyah sane sini,
bile da keje, bdepan dgn “malaysia”,
“angguk sane angguk sini”…

Umat islam kene bijak & terkedepan.

& jgn kutuk budak2 medic kte yg minat sembang politik walopun pd mate ko dorg “belum” ckup tarbiyyah lagi… mcm sstgh ustaz2@ ustazah2 ISMA & JIM..

Aku tak kate PAS totally betol. aku tak tolak Umno, ko pun tau stand aku kot, terang2 aku anti-cina esply cina harbi, cina @ non muslim yg menentang islam.

Jgn jd mcm ustaz2 JIM & Isma yg camtu.
Marila jd praktikal sket. Pijak atas bumi yg nyata sket. Tarbiyyah&dakwah, ok, tgjawab. Tp kemajuan umat jgn lupe.

Semoga tak tertempurung tarbiyyah.
(aku tulis dalam nada penat lepas show & teringat ustaz2 JIM yg keje kutuk PAS & UMNO je… usaha snirik tatau ape…)

Have a nice day.

  DrDaie
Comment on August 14th, 2009.

Rasa hati

Kita juga mahu supaya bangsa kita faham bahawa mereka lebih kita sayangi daripada diri kita sendiri. Demi kasih sayang ini kita sedia jadikan nyawa kita sebagai penebus demi mengembalikan kehormatan bangsa ini.
Nyawa ini sedia dikorbankan demi menebus semula maruah, harga diri, agama dan impian mereka jika perlu. Pendirian ini lahir dari rasa hati yang sekian lama mencengkam hati ini.
Rasa hati yang sekian lama menyelubungi perasaan ini. Rasa hati yang menyebabkan mata ini tidak lena tidur.
Rasa hati yang menyebabkan air mata ini sentiasa bercucuran.
Rasanya terlalu sukar untuk sekadar melihat nasib yang menimpa masyarakat kita kemudian kita hanya berpeluk tubuh menerima segala penghinaan ini, atau reda dengan segala kehinaan ini, atau sekadar mendiamkan diri.

Demi Allah, kita akan bekerja di jalan Allah untuk kepentingan manusia lebih daripada untuk kepentingan diri kita sendiri.
Saudara-saudara yang dikasihi, segala hidup kami hanyalah untuk kamu. Kami tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu.

Kita tidak akan meminta apa-apa ganjaran daripada manusia.
Kita tidak akan menuntut sebarang wang atau ganjaran.
Kita tidak akan meminta kedudukan.
Kita tidak akan meminta mereka membalas atau berterima kasih kepada kita.

Ganjaran bagi segala usaha kita ini terserah kepada Tuhan yang mencipta kita.

MAJMUK RASAIL - Imam Hassan Al-Banna

  ayesha
Comment on August 14th, 2009.

DENGAN NAMA ALLAH…

kepada saudara syihabuddin…
(semoga bintang anda akan terus bersinar untuk agama Islam yang suci..)

entah lah apa salah kata2 saya sehingga ingin dan telah ditegur kasar pula oleh saudara..

mungkin saudara ingat saya tengah cerita tentang saudara kot

tentulah tidak..kerana lelaki yang saya ceritakan di atas yang menulis email kepada generax net yahoo group tu adalah kawan satu batch saya time kat al-amin dulu..bukanlah saudara syihabuddin

kata2 saudara iAllah..yang jernih saya ambil..yang keruh saya tinggalkan..

saya terima teguran..insyaAllah dengan hati yang terbuka..

biarpun teguran itu datang dari seorang kanak2 yang belum baligh..

asalkan ianya HAQ..
saya akan ambil apa yang saya yakini HAQ..

whatever it is..

lisanul hal speaks louder than lisanul maqal..

semoga allah ampunkan saya dan saudara atas kesilapan kita…amin

kepada Dr Daie..
syukran atas taujihat

  Tun
Comment on August 16th, 2009.

bkn bintang, kwn arab aku gtau komet.

Sorryla, aku terkesan dgn perangai pemuda-pemuda PAS kt sini ari tu. Byk yg haram dihalalkan semata-mata kerana nak menentang Umno, muwajahah silmiyyah katenye.

Dgn cina bertahalluf siasi plak.

Ayesha da paham kot.
Dlm sstu gerakan,
ade yg keje mndidik,
tp ade jgk yg jd think tank.
So siasah ke, tarbiyyah dlu ke,
ape2 wasilah, slg tak melanggar syariat,
tade pe la kan. Matlamat da same.

Mtk tlg ayesha pesan kt kwn2 pompuan yg join Isma yg laen2 tu, hormat perubatan & ajk2 perubatan, contohnye hormatla timbalan presiden. Byk je jemaah slaen Isma dlm kalangan kte, PEMBINA, al-manar, papisma pun ade, abim, aku pun mcm suspek ayah kwn kte dr jemaah global ikhwan..

Jgn risau, kte buat keje same2.
Tak perlula jd hero ke, ape ke, utk selamatkan jemaah msg2. tak perlu.
Tp nk join pun, tu hak masing2.

Nway aku tak terase pape pon dgn post ayesha yg ni. Tak terase pon ayesha kutuk aku. Juz nak ayesha & bdak2 yg bce komen ni, paham & tayah buat hal lg.

Tq

  ayesha
Comment on August 17th, 2009.

insyaAllah..hak2 ukhuwah tetap saya cuba tunaikan semampunya..x caya try tanya timb presiden :)
kita harus hormati orang lain barulah kita dihormati

kita harus fahami org lain barulah org cuba fahami kita

semoga perbezaan wasilah itu tidak membawa kepada perpecahan ikatan hati antara kita semua..

dan semoga allah thabatkan kaki pejuang2 agamaNya untuk terus menapaki jalan panjang yang penuh duri ini..

amin..

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>