assalamualaikum..jam 12.43 am..saje nak menulis sekejap..emm..
apa khabar iman sahabat sekalian sepanjang musim cuti summer yang mencabar ini?
adakah semakin meningkat, atau semakin merudum, atau keduanya?
bagaimana dengan tilawah,hafazan dan murajaah al-quran?
bagaimana dengan solat nawafil dan puasa sunat?
bagaimana hubungan dengan ukhti2 dan kaum keluarga?
soalan2 ni tidak lain hanyalah peringatan untuk diri saya sendiri..
selama ini..tulisan dalam blog ni bukanlah ditulis dengan niat untuk menyampaikan..tetapi lebih kepada niat untuk mengingatkan diri sendiri..
em..tak de ape sgt nk tulis..cuma nak berkongsi sedikit cerita..
suatu ketika di dalam tram..saya melihat 2 orang kanak perempuan kecil sedang bersembang sesama mereka…sudah tentulah mereka bertutur dalam bahasa arab pasar (ammiyah)
saya berfikir di dalam hati..alangakh seronok jika dilahirkan dalam keluarga yang fasih berbahasa arab…tentu mudah sahaja untuk memahami kuliah dari syeikh, mudah memahami dan menghafal quran, mudah membaca kitab2 arab..
kanak2 itu ibarat kain putih..ibu bapalah yang mencorakkan mereka..mengikut warna kesukaan mereka..kalau sejak kecil ibu bapa ajar bahasa arab..tentulah anak fasih berbahasa arab..jika di ajar berbahasa melayu atau inggeris atau kantonis atau hindi atau apa sahaja..maka begitulah jua bahasa si anak…
pengalaman bersama dengan ustazah hala di markaz profesor petang tadi mengingatkan saya tentang memori saya di dalam tram beberapa hari lalu..
ustazah memulakan kelas dengan memberi analogi yang sama…
ustazah bertanya (dalam bahasa arab)..sejak kamu lahir ..sejak kecil..adakah kamu dah pandai bercakap bahasa melayu..
saya geleng..
ustazah tanya lagi..jadi bagaimana bila kamu besar..kamu boleh pandai cakap bahasa melayu?
saya jawab…sebab saya dengar mak ayah saya cakap..
ustazah terus menyampuk..tepat sekali!
jadi..kunci utama untuk kamu belajar dan fasih bahasa arab..adalah dengan kamu selalu mendengar..
tak boleh tidak..kamu kena selalu mendengar…kamu dengarlah apa2 sahaja..tapi kamu mesti dengar dengan teliti..walaupun kamu tak faham kesemuanya.. kamu mesti cuba dengar dan dengar..dan dengar..
ustazah menyambung analogi..dia bertanya..adakah orang yang pekak boleh bercakap?
saya cakap..tak boleh…
jadi sebenarnya…unutk membolehkan kamu bercakap..ialah dengan mendengar…betul tak?
saya angguk setuju…
ustazah cakap..kamu memang akan naik mustawa dari masa ke semasa dan kamu akan habiskan dars kamu satu demi satu…dars kamu memang penting..tetapi apa yang lebih penting yang saya nak dari kamu, ialah kamu boleh mendengar dan bercakap dalam bahasa arab fushah dengan baik…
di akhir sesi 2 jam bersama ustazah..ustazah suruh saya dengar satu rakaman kuliah pendek dari seorang syeikh arab di masjid..selepas dengar, ustazah minta saya cerita semula pada dia apa yang saya dapat dari rakaman tersebut…
ceritanya secara ringkas tentang seorang raja yang membina masjid, tetapi satu malam dia mimpi dan nampak malaikat turun dari langit dan memadamkan nama raja itu dari pahala membina masjid..lalu menulis nama seorang wanita..setelah berhari2 raja bermimpi perkara yang sama..camane tah…akhir cerita tu..wanita yang malaikat tulis namanya tu..ialah seorang wanita yang memberi minum kepada seorang hamba yang kehausan ketika membina masjid tersebut…walaupun amalannya kecil tapi apa yang Allah nilai adalah keikhlasan..dan Allah saja yang mampu menilai keikhlasan kita..
sebelum pulang..ustazah bagi wajibat..supaya bercakap arab 15 minit sehari, mendengar bahasa arab 30 minit sehari, dan membina ayat dari perkataan baru yang dipelajari tadi..
pulang ke rumah pula..saya mendengar pengalaman ukhti2 yang bersembang2 dengan huzaifah, umniyyah, nusaibah, nuwairah…anak2 madam yang bercakap arab, menyanyi nasyid arab masing2 dengan lahjah arab mereka..masyaAllah..
emmmm…
sungguh..anak2 itu ibarat kain yang putih bersih..dan tarbiyatul aulad yang islami pastilah dapat mencorakkan mereka seperti mana agama Islam telah gariskan..
budak2 senang sangat nk ikut mak ayah atau abang kakak dia ajar..betul tak?
itulah penting biah yang solehah terutamanya di rumah..dan yg keduanya biah solehah di sekolah bersama kawan2..
jadi sekolah yang paling utama pada kanak2 bukanlah sebenarnya di sekolah mereka tapi..rumah itu adalah madrasah mereka…dan ibu bapa lah murabbi mereka…
iman tu bukan lah senang2 nak dapat thru genetic, hereditary ataupun congenital..tapi sebenarnya adalah secara acquired..
bak lagu raihan..iman x dapat diwarisi..dari seorang ayah yang yg bertaqwa..
iman mmg x dapat di warisi..tapi ia mampu dibina dengan..tarbiyah..
ayesha, 1.35 am
Melayu dan Perpaduan Melayu »« Tuntutan as-sunnah dalam bulan syaaban