ياعـابد الحرمين لو أبصرتنا لعلمت أنك بالعبــادة تلعب
من كان حين يخضب جيده بدموعه فنحورنا بدمائنا تتخضب
أو كان يتعب خيله في باطل فخيولـنا يوم الصبيحة تتعب
ريح العبير لكم ونحن عبيرنـا رهج السنابك والغبار الأطيب
ولقد أتانا من مقال نبيـنا قول صحيح صادق لا يكذب
لا يستوي وغبار خيل الله أنف امريء ودخان نار تلهب
هذا كتاب الله ينطق بيننا ليس الشهيد بميت لا يُكذب
Wahai abid dua tanah haram, jika kamu melihat kami,nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang yang membasahi lehernya dengan air mata, sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah,
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia, sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan,
Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan,
Telah datang sabda Nabi kita kepada kita, kata yang benar, tepat dan bukan dusta,
“Tidak akan bertemu debu kudapada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala”
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa, “orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta[1]
Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak di atas ditujukan kepada al Fudhail bin Iyadh seseorang yang berada di tanah haram Makah al-Mukarramah untuk beribadah.
Abdullah bin Al-Mubarak Rahimahullah adalah seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti dengan adanya hadis-hadis beliau yang termaktub di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, kitab-kitab sunan dan kitab-kitab musnad.
Lebih dari itu, beliau adalah antara fuqahak yang bijak dan mempunyai harta yang banyak. Kekayaannya telah dibelanjakan untuk membiayai ahli ilmu di semua kota-kota besar Islam. Beliau juga mempunyai koleksi puisi-puisi iman yang indah.
Bukan itu saja, bahkan beliau juga adalah seorang da’i dan mujahid. Setiap tahun beliau menghadiri perang ke negara Rom Timur dan menjadikan Tarsus yang terletak di selatan Turki sebagai tempat tinggalnya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau pemimpin ahli hadis dalam generasinya.
Kita dapat lihat beliau membantah sikap sahabatnya, seorang abid zahid yang thiqah iaitu al-Fudhail bin Iyadh r.a (meninggal pada 187H) kerana meninggalkan jihad di medan dan mengasingkan diri di Mekah untuk beribadat.
Al-Fudhail bin Iyadh r.a juga merupakan seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti melalui hadis-hadisnya yang terdapat di dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim.
Dalam sejarah Islam, beliau dianggap sebagai abid dan zahid yang termasyhur dan paling baik perkataannya.
Tetapi Abdullah bin Al-Mubarak tidak menganggap keistimewaan itu sebagai alasan untuk meninggalkan jihad dan memerangi musuh Islam.
Ibnu al-Mubarak pun mengeluarkan ‘kata-kata berat’ kepada al-Fudhail dan menyifatkan sahabatnya itu sebagai ahli abid yang bermain-main dengan ibadatnya.
Tegurannya itu dikirimkan kepada al-Fudhail dari Tarsus setelah selesai satu peperangan, semasa belum pun sempat debu di badannya hilang.
Beliau mengirimkan rangkap-rangkap puisi yang tersangat indah, yang boleh dijadikan hujah bagi setiap da’i selepas beliau.
————————————————————–
maksud dari puisi:
Al-Fudhail digelar “abid dua tanah haram” (Mekah dan Madinah).
Beliau terkenal dengan banyak menangis.
Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya dengan menyebut air mata.
Seperti kebanyakan orang yang bersolat, al-Fudhail memakai haruman mawar dan lain-lain wangian sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Oleh itu, Abdullah bin Al-Mubarak menyindirnya dengan mengatakan ianya hanya satu haruman sahaja dan terlalu mudah.
Padahal Rasulullah S.A.W. dan pewaris baginda dari kalangan ulama’ mujahidin berlumuran dengan bauan debu di medan di samping haruman mawar dan kasturi.
[1] Al-Subki,
Tabaqat al-Syafiiyyah al-Kubra, Jilid 1, m.s. 287 (Hadis yang dimaksudkan oleh Ibnu Mubarak ini ialah Hadis sahih riwayat Tarmizi, Nasa’I, Ibnu Majah, Abu Daud dan Ahmad:
Tidak akan bertemu debu jihad dengan api neraka Jahannam- editor)
ana qawiy »« menolak al-hawa
Kalo kt Malaysia,
Ustaz Hadi kate, org yg salu tinggal medan perang (dakwah) ni org tabligh & tarekat. Bkn salafi ye.
Tp hakikatnye menegur pemerintah tak semestinya berperang. Itu silap PAS yg tlajak bertahun2 da.
Dan tidak sedikit gol2 pendakwah yg nak tegakkan negara islam di Malaysia, terpengaruh dgn revolusi Iran, baek secara sedar, maupun tak sedar.
Bagi mereka, negara islam ni kene ulama atas skali sbg mursyid dan laen2. Same je model negara islam yg PAS nak buat ngan isma & jim. same je.
Bile kamu duk dlm kelompok kamu, kamu tatau ape silap kamu.
Malah puisi kt atas tu mungkin kamu akan salah paham.
Kamu menganggap keje dakwah kamu itu berperang dan org laen yg menegur ttg kesilapan2 dlm perkara ibadat tak berperang, utamakan benda furu’ je keje.
Ayesha, nanti ade mase, insyaAllah sy bagi kt awak, penulisan yg ilmiah ttg fahaman haraki dan hizbiyyah yg awak ikut ni. Bkn silap totally, tp ade bnda2 yg membuatkan awak terkejar2 dan terlepas serta tersilap pandang pd org2 yg berjuang nak murnikan akidah umat islam, nak ibadat dr nabi dan mcm nabi dan luas dalam fiqh muamalat @ salafi instead awak merasakan perjuangan awak lagi utama.
Kawan sy nasehat sy, slow2 r tegur budak2 sal IM, Isma, PAS dan jemaah2 ni sume. Ramai yg tapaham lagi.
Ok. Sy cube slow2.
Selamat study
lupe nak tulis..artikel di atas saya petik dari kitab muntalaq tulisan muhammad ahmad rasyid..
time kasih atas komen tun..
tun..
selagi kamu menyeru kepada islam,Allah dan rasulNya..al-quran dan as-sunnah..
selagi kamu menyeru kepada amar makruf dan nahi mungkar..
selagi itulah kamu digelar daie..
bak kate atuk spiderman..
with big power comes great responsibilities..
jadi..sebenarnya..dengan lebih banyak ilmu di dada..tanggungjawab untuk kita lebih besar untuk mengajarkannya kepada masyarakat..
seorang daie itu kalamnya, diamnya,pakaiannya,adab dan akhlaknya,tiap langkah lakunya..adalah qudwah hasanah..
seorang daie itu mengingatkan dari terlupa..
seorang daie itu memberi amaran..dan juga memberi berita gembira..
seorang daie itu memimpin tangan..dan membawa ke jalan yang lurus
seorang daie itu pendengar yang setia..
seorang daie itu lunak dan hikmah katanya tapi tegas dalam nadanya..
seorang daie itu harus banyak sangat bersabar..
yang paling penting…seorang daie itu tadarru’ dgn allah, tawadhu’ dgn manusia..tetapi izzah dgn islam
oh sgt panjang lg kalau nak hurai..
saya masih bertatih..masih belajar..
tunjuki saya jika saya sesat
betulkan jika saya salah
ingatkan jika saya lupa
em..di sekeliling saya..ramai yg saya lihat..punya bakat dan kebolehan masing2..
alangkah baiknya
jika ia disalurkan untuk berbakti kepada agama..
seperti kuatnya muslimin dengan islamnya umar dan hamzah..
bukankah agama islam itu mampu merealisasikan 100% keistimewaan manusia?
oh, time kasih jgk.
Sy terase jgk tu.
Sy pun bkn sempurna.
Tp kte cubela kan.
Gud luck para.
Post ana qawiy tu best.
Jadila kuat cam Marwa Sharbini tu,
alang2 bjuang, biar mati syahid.
erm..baru nak komen, tp da ade bdak tu komen.
Kalo komen kt situ kang, nnti pe plak die ckp. hehe.
cerita tu ada sambungan dia lg, fudhail bin iyadh jawab kat utusan tukang bwk surat tu..
btw al-bukhari ade tulis buku khalq af’aal al-’ibaad utk refute jahmiyyah. ade al-bukhari tulis psl abdullah ibn mubarak:
وقال بن المبارك لا نقول كما قالت الجهمية انه في الأرض ههنا بل على العرش استوى وقيل له كيف تعرف ربنا قال فوق سماواته على عرشه
dan (abdullah) ibn mubarak berkata: kami (ahli sunnah) tidak bercakap mcm jahmiyyah cakap bahawa Dia (Allah) di sini di atas bumi, tetapi (kami katakan) Allah di beristiwa di atas arasy.
dan ditanya kepadanya (abdullah ibn mubarak): “bagaimana kamu mengenal Tuhan kita?”.
lalu dijawab (abdullah ibn mubarak): di atas langit2Nya, di atas ‘arasyNya.
*khas utk mana2 neo-jahmi yg tak percaya Allah atas arasy, mana nak tolak kalam ibn mubarak?
neo jahmiyyah..siapakah mereka ni..hmm…x faham lagi sampai sekarang..perlu ke untuk faham perkara ni?
Perlu ayesha.
Kte kan nak akidah yg sahih.
Kembangkanla ilmu…
Jd da’ie yg cube utk sempurna.
Aku tlg jawab utk ko sir,
kalo salah tlg betolkan.
Jahmiyyah ni satu gol. yg dinisbahkan kpd Jahm Bin Sofwan.
Golongan ni menuduh ahlusunnah (salafi @ wahabi) musyabbihah, mujassimah, menjisimkan Allah, menyamakan Allah dgn makhluk.
Ustaz2 azhar melayu yg menyeleweng, majoriti drp mereka berfahaman akidah asy’iroh dan maturidiah. Bile ditegur jgn takwil tanpa hadis, jgn fikir zat2 Allah pakai logik akal, jgn teka2 zat2 Allah tu camane, make mereka melenting, melatah, lalu menuduh salafi sbg mujassimah.
Make timbullah istilah neo-jahmiyyah.
Sdgkan kami salafi tidak tasybih, tidak tajsim, tidak takyif, tak tafwidh bodo2 je, tak takwil tanpa hadis dan laen2 lagi.
Kalo ayat quran tu kate tangan Allah, kami beriman tu adalah tangan, kami tak tukar makne die (takwil), kami tak kate tangan tu mcm tangan peng @ makhluk laen, kami paham tangan tu pemende tp kami berserah kt Allah…
Ade ustaz2 cube “menipu” sy yg masih mencari2 dulu kate, “wahabi kate tak takwil, abes yg depa pi cakap yad tu tangan, tu pun takwil jgk…”
Hampir2 saja sy percaye.
Tp same ke takwil dgn terjemah?
Allahu’alam.
Nway, akidah salafi ni ade unsur musyabbihah tak? See?
Tape ayesha, pelan2 kayuh.
Gud luck sume.
oh..macam tu ke..em..
Daripada Abu Hurairah Abd al-Rahman ibn Sakhar radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda, “Apa yang aku larang kamu daripadanya, hendaklah engkau jauhkan diri daripadanya. Apa yang aku perintahkan kamu terhadapnya, maka hendaklah kamu lakukan ia dengan sepenuh kemampuan kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu, mereka menjadi binasa disebabkan oleh banyak persoalan mereka, serta khilaf perselisihan terhadap Nabi-nabi mereka” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
ayesha, bleh mintak matan hadis tu dalam bahasa arab tak? Sy nak tau part “khilaf perselisihan terhadap Nabi-nabi mereka.”
Kot2 ade terjemahan laen.
Sy tertanye2, nape tetibe awk tulis hadis tu?
Jgn amek hati ye.
Gud luck microb
tak amik ati pun..
em..baru terbaca blog ustaz hasrizal..
post nye yang terbaru bertajuk “pengajian islam tidak lagi relevan?”
boleh baca matan dan terjemahannya kat situ..