menolak al-hawa

Posted on July 9, 2009 by ayesha-1511.
Categories: Uncategorized.

jiwa orang beriman itu peka dan sensitif

walau pada sekecil dosanya pada Tuhan

walau pada nafsu yang ‘biasa’ dimanjakannya

فَأَمَّا مَنْ طَغَى(37)وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا(38)فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى

Maka barangsiapa yang melampau batas, dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya, nerakalah tempat duduknya.” (An-Nazi’at : 37-39)

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنْ الْهَوَى(40)فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

“Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, dan menahan dirinya al-hawa, maka sesungguhnya syurgalah tempat duduknya”(An-Nazi’at : 40-41)

Di depan kita hanya ada dua pilihan:

Wahyu (syariat), atau al-hawa.

Tiada yang ketiga.

Oleh itu, kedua-duanya adalah berlawanan.

Apabila al-haq hanya terletak pada wahyu, maka kebatilan secara otomatik terletak pada al-hawa.

Dan secara langsung, pengikut al-hawa adalah bertentangan dengan al-haq.

أَفَمَنْ كَانَ عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ كَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ

Adakah orang yang berada di atas keterangan (dalil) dari Tuhannya sama dengan orang yang diperhiaskan kepadanya amalan jahatnya dan mereka mengikut al-hawa mereka?” (Muhammad 47: 14)

kamu kata kamu beriman..kamu kata kamu muslim..

dalam masa yang sama kamu seronok melakukan dosa dan maksiat..

kamu seronok menghabiskan masa yang berharga itu dengan perkara melalaikan..

kamu seronok menghabiskan harta kamu yang berharga kepada perkara yang tidak bermanfaat..

kamu seronok meninggalkan suruhanNya…dan suruhan RasulNya..

kamu seronok mengikut hawa nafsu kamu..

kamu ingin tipu siapa?

apakah kamu menipu dirimu sendiri?

أَفَرَأَيْتَ مَنْ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ

“Adakah engkau lihat orang yang mengambil al-hawanya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya selepas didatangi ilmu kepadanya.”

(Al-Jatsiyah 45: 23)

setiap hari kamu bersyahadah..

asyhadu an la ilaha illAllah

wa asyhadu anna muhammadan rasuluLlah

aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah..

dan aku bersaksi nabi Muhammad adalah pesuruh Allah..

dan setiap hari kamu menyebut..

Iyyaka na’budu wa iyyaka nastai’n

hanya kepadaMu sahaja kami sembah

dan hanya kepadaMu sahaja kami mohon pertolongan”

kamu hanya melafazkannya di bibir, bukan?

tapi adakah pernah kamu cuba merasainya dalam hati kamu?

benarkah solat yang kamu lakukan setiap hari itu benar2 UNTUK ALLAH

setiap kali dahi itu sujud menyembah ke bumi..benarkah hati itu jua turut tunduk menghinakan diri di hadapan zat yang MAHA AGUNG…

atau kamu masih menyombongkan diri..

atau kamu masih lupa akan hina dan kerdilnya diri mu dihadapan DIA..

lantas kenapa kamu masih berbangga dengan maksiat mu duhai anak adam..

kenapa kamu pantas menjadikan hawa nafsu mu sebagai Tuhan..

kenapa kamu senang mengikut hasutan dan tipu daya syaitan..

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.” (Al-Baqarah 2: 208)

ya ayyuhal lazina amanuu..

TUBUU ilaLlahi taubatan nasuha..

‘asa rabbukum ‘an yukaffira ‘ankum sayyiatikum..

wa yudkhilakum jannatun tajri min tahtihal anhar..

no comments yet.



Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>