lagi2 tentang c*nt*

Posted on July 15, 2009 by ayesha-1511.
Categories: Uncategorized.

saya nak berkongsi sesuatu..tentang cinta…

mungkin ada (ramai) di kalangan kita yang mengalami perasaan ini..

tapi kadang kita jadi buntu bagaimana untuk kita menguruskan perasaan ‘pelik’ tu..

em..asal je sebut tentang cinta..rasanya akan muncul bunyi2..(kan?)

sebab tuh kadang jadi malas nak cakap tentang cinta..

tapi saya PERLU juga tuliskan mengenainya..

lantak la kan..biar je lah..em..ok..

jika anda benar seorang muslim..cinta anda SEPATUTNYA membawa anda kepada satu tahap kemanisan iman yang paling tinggi..

bak kata seorang ukhti pada saya..cinta itu hakikatnya munfi’ bukannya mudhar..(memberi manfaat bukannya mendatangkan mudharat)

tapi kadang kita lihat ramai org yg ‘bercinta’, cinta itu jadi memudaratkan dirinya pula..

kenapa ye agaknya?

mari kita baca~

dalam buku tulisan allahyarham Ustaz Fathi Yakan “Apa erti saya menganut islam?”

Bab 1: Saya Mestilah Muslim di Sudut Akidah

Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:

Perkara ke 15:

Saya wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta.

Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya.

Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa.

Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah.

Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:

قُلْ إِنْ كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Pengorbanan demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

“Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:

-Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.

-Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.

-Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

em..begitulah hakikat keutamaan cinta..

kadang2 kita ‘rasa’ cinta kita kepada manusia tidak melebihi kepada cinta kita kepada ALLAH dan RASUL..

kadang kita senang2 labelkan cinta kita itu SEMATA2 kerana Allah..

tapi dalam masa yang sama..adakah kita yakin kita telah letakkan keutamaan cinta itu pada tempatnya?

kita ‘rasa’ kita cinta kerana Allah..tetapi..

cinta itu REALITINYA membuatkan Allah jadi tak redha dengan perbuatan kita bersama sang manusia..malah memurkai perbuatan kita..

cinta itu REALITINYA membuatkan kita semakin jauh dengan Allah dek kerana sibuk melayan perasaan cinta pada sang manusia..

cinta itu REALITINYA membuatkan masa kita teringat pada sang manusia lebih banyak dari masa kita mengingati Allah..

cinta itu REALITINYA membuatkan kita rasa kita hanya ada sang manusia itu dalam hati dan hidup kita..dan kita akan ‘mati’ tanpanya…

akhawati yang di kasihi sekalian..

cinta dalam hati ukhti..sungguh mahal harganya..mahal sehingga ia boleh membeli harga sebuah KEMANISAN IMAN yang tak ternilai harganya..

usah gadaikan cinta itu hanya untuk sebuah ‘cinta terlarang’ yang kenikmatannya hanya sementara cuma..

ingin mencinta dan dicinta?

silakan~

tapi..Bercintalah hingga ke SYURGA

bukan ke NERAKA!

12 comments.



  paan
Comment on July 15th, 2009.

saya suka yang ini, kak ayesha.
hari tu ada housemate saya tanya,
kalau saya ada kawan, dah nak kahwin, tapi bf dia kata kalau kawen, dia taknak isteri dia pakai tudung. tapi lelaki tu baik gila. sayang gila.bla bla bla.

saya jwb, kalau dia sayang dia tak suruh buka tudung. untuk apa sayang beria-ia kat dunia, tapi kat akhirat akhirnya bermusuh. matlamat kita akhirat. tujuan kita ke situ.

pastuh artikel nih, mcm lebih baik sebenarnya untuk menjawab soalan tersebut hehe. tq kak ayesha. :)

Comment on July 15th, 2009.

cepat respon paan..yang baik itu dari Allah..yang salah dan silap tu dari kekurangan akk..

betul kata paan..ada dalam ayat quran..akk pun x ingat sgt
kawan baik di dunia, di akhirat kelak bermusuhan..

kalau ada sape2 yg tahu mungkin blh share?

camane that girl boleh cakap lelaki tu BAIK GILE sedangkan tak kasi pakai tudung..?

mungkin kena nilai semula bagaimana dia meletakkan nilai ‘baik’..adakah mengikut neraca nafsu..atau pun neraca Allah?

  fatin far
Comment on July 15th, 2009.

az-zukhruf: 67
yg ni ke mksd ayesha?

  jojie~~
Comment on July 15th, 2009.

“Maka hari ini di sini tidak ada seorang teman pun baginya” (al-Haqqah:35)

“dan tidak ada seorang teman karib pun menanyakan temannya” (al-Ma’arij:10)

Comment on July 15th, 2009.

emm..rupa2nya ada byk kali jugak disebut tentang perkara ni dalam quran..jzkk fatin n joj..

allah takkan turunkan ayat quran berulang2 tuh sia2..btol tak..

intabih akhawati!!

ini perkara muhim!

*cinta yang saya sebut tidak tertakluk kepada cinta lawan jenis saja..harap maklum

  fatin far
Comment on July 15th, 2009.

ade few jgk ek p’kataan arab dlm AQ yg translation dia tulis as ‘kawan’. klu dpd cnth2 jojie bg tu, drpd pkataan ‘hamm’. mksdnye pntg,kn?

kte fhm mcm Dia refer kt ‘org2 yg pntg bg someone’ n disebabkn kwn2 pntg bg someone, translation tulis ‘kwn/teman’ terus..

lg satu yg kte t’tarik ckit,, mcm dalam surah ma’arij:12 ngn surah ‘abasa:36 (yg kt perasan. maybe byk lg kt xthu)..ada perkataan “wa saahibatihii”. kalu x tgk translation mesti kite fikir ‘kawan’ tp translation tulis ‘isteri’.

p/s - sowy asha lari tajuk ckt hihi.. dh alg2 ni kt tmpg tulis bnde yg kt pnah t’w0nder,,

Comment on July 15th, 2009.

jzkk atas perkongsian semua..sangat hargainya..

ham (ha simpul) = penting

tapi

hamim (ha pedas) = sahabat/ kesayangan

dalam az-zukhruf :67…allah gunakan perkataan al-akhilla’…

[الاٌّخِلاَءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاَّ الْمُتَّقِينَ ]
(Friends on that Day will be foes one to another except those who have Taqwa.)
means, every friendship that exists for a purpose other than for the sake of Allah will turn to enmity on the Day of Resurrection, except for that which is for the sake of Allah, which will last forever.

dalam al haqqah dan al-maarij pula allah gunakan ‘hamim’

فَلَيْسَ لَهُ الْيَوْمَ هَـهُنَا حَمِيمٌ
(So no friend has he here this Day)
meaning, there is no one today who can save him from the punishment of Allah, nor any close friend or intercessor whose request would be honored

وَلاَ يَسْـَلُ حَمِيمٌ حَمِيماً
(And no friend will ask a friend, )
Meaning, no close friend will ask his close friend about his condition while he sees him in the worst of conditions. He will be worried about himself and will not be able to think of others.

pasti ada sebabnya allah gunakan kalimah al-akhilla’ di satu tempat dan pasti ada juga sebab allah gunakan kalimah hamim di tempat yang lain..And ALLAH knows best..

  hanun
Comment on July 17th, 2009.

cinta yg membawa ke syurga
apabila dinding cinta itu kita dirikan dengan redhaNya..apabila lantai cinta itu kita bina dengan kasihNya..apabila bumbung cinta itu kita tutupi dengan rahmatNya..dan apabila kita hiasi cinta itu dengan perasaan syukur kita padaNya..=)

yup..Allah knows best!
tq k.ayesha dear=)
lots of love…hanun..^-^

  Tun Sakaran Dingdong
Comment on July 22nd, 2009.

ayesha.

Ade byk bnda yg kte nak kt dunia ni,
tp Allah tak bagi.
Mmg Allah tau yg terbaik utk kte.

So kte kiv, sampai syurga, kte demandla puas2 kt Allah.

Sampai syurga sy nak mtk kt Allah, ape yg Allah tak makbulkan kt dunia ni.

Tp, terus terang sy ckp.
Sy menolak ikhtilat.
Sbb bg sy ikhtilat tu bagai mencampur air dan garam lalu diharamkan sumenye, haram dgn pukul rata.

Sy pernah dgn kontroversi hukum couple tak haram.
Aah, sampai skarang sy berpegang dgn hukum tu.
Tp utk dating, setelah setahun lebey nilai, keluar berdua, walopun di tempat awam, walopun dgn ‘uruf masyarakat sekeliling di tempat awam tu yg baik, yg nahi mungkar, tapi hukumnya tetap haram.
Apatah lagi kalo berdua tu ditempat sunyi.
Cume, ade larangan mengintip dlm kes khalwat ni. Bab tajassus.

Da bace blog yasir kan,
psl kata2 ben baz ttg dakwah zaman skang ni.

Bagi sy, kte tak perlu fokus or obses sgt dgn dosa2 makruf org muda zaman skang, selagi die tak buat dosa besar depan2, lagi elok kte ajak pd kebaikan dlu.
Sbb bg sy ia merugikan.
Mmg tgjawab utk tegur.
Tp asal bkk je topik, dorg lari.

So kreatifla dlm bdakwah.
Isma & jim kan kreatif, ahli2nye patut kreatif la jgk.
Budak2 muda skang, ramai jgk yg minat dgn teori konspirasi, iluminati, pbandingan agama, pbandingan sains quran & bible..

Dorg kalo dgr je org tegur bab kapel,
dorg da immune.
So kalo kte bleh ubah care tu, ajak dorg kenal islam dgn care yg lagi kreatif, sy rase tak mustahil, lepas tu dorg akan tegerak ati nak phm syariat2 Allah.
Kalo nak nahi mungkar pastu pun lagi mudah rasenye.
Dan kalo da kreatif camtu, dorg tak ikut jgk, time tu la baru nak bukak kisah2 nabi kene baling batu, najis.

Bkn uslub dakwah pon tak betol, org tak dengar, pastu mengeluh, bukak2 kisah2 tu.
Tak, uslub pun kene ubah.

Sy rase ayesha lebih tau.
K la. semoga yg terbaik.
Allahu’alam

  ayesha
Comment on July 22nd, 2009.

time kasih

rasanya

teguran yang lembut itu kepada org yang kurang pengetahuannya

teguran yang tegas itu pula kepada org yg tahu..yang faham dan yang arif..

yg penting nahi mungkar itu ada di samping amar makruf..

dalam quran pun allah letakkan mereka bersama2..amar makruf dan nahi mungkar..bersama2

amar makruf mmg mudah..
nak nahi mungkar tu ramai yg x boleh..
even sy sndri..

sy pun x cukup lg ilmu fiqh dakwah..

semoga ALLAH tidak menutup hati2 kita yang penuh dengan noda dari nur hidayahNya..

wallahu ‘alam

  deiya
Comment on August 4th, 2009.

ada kala manusia jga bersahabat dan berukhwah atas ‘tiket’ lillah taala.. tetapi hakikatnya kerana masalah ‘atifiah(sayang sangat2) sehinggakan timbul rs cemburu, rasa iri hati bila sahabat keluar makan or borak2 dgn sahabat y lain. satu muhasabah penting untuk kita semua.apakah benar ukhwah yang terbina atas dasar cinta kepada Allah, atau kita sekadar mengikut kata hati dan rasa sayang yang melebih2? rasulullah dan abu bakr pn bersaHabaT BAik, tapi kenapa sahabat2 lain x prnah gaduh kerana cemburu? keraNA rasulullah treat everyone speciaL..daN JIKA BENAr ukhwaH terjaLin keraNA Allah, kita x seharusnya menyebabkan ukhwah menghalang kita bergerak dlm dakwah. sekadar muhasabah dan renungan semua.

  ayesha
Comment on August 4th, 2009.

iri hati
hasad
dengki
cemburu

semua ini adalah racun yang disuntik oleh syaitan ke dalam hubungan silaturrahim untuk menghancurkannya sekaligus menggoyahkan ikatan hati antara muslimin

rasanya cukup jelas dalam al-quran, allah bercerita tentang perkara ni..

kisah pertama yang masyhur: kisah qabil yang cemburu, hasad, dengki dan iri hati pada habil hingga tergamak membunuh.

kisah kedua yang masyhur: kisah adik beradik nabi yusuf yang juga hasad,dengki, iri hati dan cemburu pada Nabi yusuf. mereka juga ingin membunuh yusuf tetapi akhirnya dicampakkan ke dalam telaga buta yang dalam.

pandangan saya..walau apa pun sebab utk kita beralasan dengannya..ini semua datang dari masalah hati kita..

pesan kak nik nabihah

‘ilaj atau pun ubatnya hanya satu:

meletakkan dunia di tangan dan bukan di hati

wallahu a’lam

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>