lagi2 tentang c*nt*

Posted on July 15, 2009 by ayesha-1511.
Categories: Uncategorized.

saya nak berkongsi sesuatu..tentang cinta…

mungkin ada (ramai) di kalangan kita yang mengalami perasaan ini..

tapi kadang kita jadi buntu bagaimana untuk kita menguruskan perasaan ‘pelik’ tu..

em..asal je sebut tentang cinta..rasanya akan muncul bunyi2..(kan?)

sebab tuh kadang jadi malas nak cakap tentang cinta..

tapi saya PERLU juga tuliskan mengenainya..

lantak la kan..biar je lah..em..ok..

jika anda benar seorang muslim..cinta anda SEPATUTNYA membawa anda kepada satu tahap kemanisan iman yang paling tinggi..

bak kata seorang ukhti pada saya..cinta itu hakikatnya munfi’ bukannya mudhar..(memberi manfaat bukannya mendatangkan mudharat)

tapi kadang kita lihat ramai org yg ‘bercinta’, cinta itu jadi memudaratkan dirinya pula..

kenapa ye agaknya?

mari kita baca~

dalam buku tulisan allahyarham Ustaz Fathi Yakan “Apa erti saya menganut islam?”

Bab 1: Saya Mestilah Muslim di Sudut Akidah

Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut:

Perkara ke 15:

Saya wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta.

Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya.

Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa.

Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah.

Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:

قُلْ إِنْ كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Pengorbanan demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

“Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:

-Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.

-Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.

-Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

em..begitulah hakikat keutamaan cinta..

kadang2 kita ‘rasa’ cinta kita kepada manusia tidak melebihi kepada cinta kita kepada ALLAH dan RASUL..

kadang kita senang2 labelkan cinta kita itu SEMATA2 kerana Allah..

tapi dalam masa yang sama..adakah kita yakin kita telah letakkan keutamaan cinta itu pada tempatnya?

kita ‘rasa’ kita cinta kerana Allah..tetapi..

cinta itu REALITINYA membuatkan Allah jadi tak redha dengan perbuatan kita bersama sang manusia..malah memurkai perbuatan kita..

cinta itu REALITINYA membuatkan kita semakin jauh dengan Allah dek kerana sibuk melayan perasaan cinta pada sang manusia..

cinta itu REALITINYA membuatkan masa kita teringat pada sang manusia lebih banyak dari masa kita mengingati Allah..

cinta itu REALITINYA membuatkan kita rasa kita hanya ada sang manusia itu dalam hati dan hidup kita..dan kita akan ‘mati’ tanpanya…

akhawati yang di kasihi sekalian..

cinta dalam hati ukhti..sungguh mahal harganya..mahal sehingga ia boleh membeli harga sebuah KEMANISAN IMAN yang tak ternilai harganya..

usah gadaikan cinta itu hanya untuk sebuah ‘cinta terlarang’ yang kenikmatannya hanya sementara cuma..

ingin mencinta dan dicinta?

silakan~

tapi..Bercintalah hingga ke SYURGA

bukan ke NERAKA!