do it now

Posted on May 4, 2008 by ayesha-1511.
Categories: Uncategorized.

kita berlawan dengan masa

kata saidina ali..masa umpama pedang..kalau kamu x memotongnya..dia akna memotong kamu..

masa terus berlalu..terlalu laju hingga x termampu mengikuti arusnya

setiap nafas yg diambil dan dilepaskan..

adalah nyawa..adalah masa..adalah segalanya

bahkan sanagt berharga ..lebih dari segalanya

di saat kita gembira beribu saudara kita yang menangis

di saat kita berseronok beribu saudara kita meraung kesakitan

di saat kita berbaring kekenyangan beribu saudara kita merengkok kebuluran

di manakah saudara seaqidah ku?

di manakah saudara seiman ku?

dimanakah kamu saat ayahku dibunuh?

di manakah kamu saaat abangku ditahan?

di manakah kamu saaat ibuku menangis sendirian?

di manakah kamu?

inilah jeritan batin mereka…

sahabat..

sangat beruntunglah mereka..kerana stiap saat mereka di sana..

mereka beroleh pahala jihad fi sabilillah..

jikalau syahid…syurga adlah jaminan buat mereka

bukankah kita sebagai pelajar juga di atas jalan jihad walaupun x sebesar jihad yang dilakuakn oleh mereka

jadi..

kemana hilang nya setiap saat untuk beramal dalam hidupmu..

adakah sekadar berlalu hanya dengan berlalunya masa?

jadi..

mengapa kamu masih terus bertangguh untuk menyahut seruan Tuhanmu

adakah kamu begitu pasti kamu akan mempunyai satu saat yang akan datang untuk terus beramal?